AKTIVITI
PEDi Kampung Tellian Ulu, Mukah telah mengadakan Permainan Pendidikan: Komunikasi pada 18hb November 2023, Sabtu bermula pada jam 02.30 petang sehingga 04.30 petang. Kelas telah dihadiri oleh golongan dewasa dan kanak-kanak Kampung Tellian dan telah dikendalikan oleh petugas PEDi.
TUJUAN
Antara objektif utama Permainan Pendidikan: Komunikasi ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada komuniti yang terlibat untuk berikteraksi sesama mereka serta untuk menarik minat komuniti untuk menyertai aktiviti di PEDi.