AKTIVITI
PEDi kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Kelas Menaip pada 14hb November 2023, Selasa bermula pada jam 02.30 petang sehingga 04.30 petang. Petugas telah menggunakan https://www.typingtest.com/ sebagai medium pembelajaran untuk kelas menaip.
TUJUAN
Objektif utama kelas menaip diadakan ialah untuk memperkenalkan kepada komuniti yang terlibat berkaitan dengan kaedah menaip dengan betul menggunakan papan kekunci QWERTY. Peserta juga dapat meningkatkan kemahiran menaip serta kepantasan menaip mereka melalui kelas menaip yang diadakan oleh PEDi.