mcmc
Laporan Aktiviti

Kelas Menaip November IV

Gambar Di Sini

AKTIVITI

PEDi Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Kelas Menaip pada 28hb November 2023, Selasa bermula pada jam 02.30 petang sehingga 04.30 petang. Kelas telah dihadiri oleh komuniti golongan warga emas, dewasa dan kanak-kanak. 

TUJUAN

Antara tujuan utama Kelas Menaip diadakan ialah untuk mendedahkan kepada komuniti yang terlibat berkaitan dengan kaedah menaip dengan betul menggunakan papan kekunci QWERTY. Selain itu, komuniti Kampung Tellian juga berpeluang untuk memperbaiki dan meningkatkan kemahiran serta kepantasan menaip. Petugas telah menggunakan https://www.typingtest.com/ sebagai medium pembelajaran untuk kelas menaip bagi komuniti golongan dewasa dan kanak-kanak manakala untuk komuniti golongan warga emas terdapat latihan khas yang telah disediakan.