mcmc
Laporan Aktiviti

Permainan Pendidikan Disember 2023

 

AKTIVITI

PEDi Kampung Tellian Ulu telah mengadakan aktiviti Permainan Pendidikan bagi bulan Disember 2023 pada 29hb Disember 2023, Jumaat bermula pada jam 02.30 petang sehingga 04.30 petang. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah Soal Jawab, Kotak Beracun dan Permainan Memori.

TUJUAN

Antara objektif utama Permainan Pendidikan ini diadakan ialah untuk menguji minda komuniti yang terlibat berkaitan dengan aktiviti yang diadakan pada hari tersebut. Selain itu, Permainan Pendidikan ini juga adalah salah satu aktiviti hiburan yang dapat memberi ilmu pengetahuan kepada komuniti.