AKTIVITI
PEDi Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Aktiviti STEM: Transport The Cup pada 21 Januari 2024, Ahad bermula pada jam 02.30 petang sehingga 04.30 petang. Antara komuniti yang telah menghadiri aktiviti tersebut ialah dari golongan kanak-kanak dan dewasa.
TUJUAN
Antara objektif utama aktiviti STEM: Transport The Cup ini diadakan ialah untuk mendedahkan kepada komuniti yang terlibat berkaitan dengan mempelajari ilmu deligasi dan sikap kepimpinan diantara komuniti. Selain itu untuk melatih kemahiran kerja berpasukan.