AKTIVITI
PEDi Kampung Tellian Ulu, Mukah telah mengadakan Aktiviti STEM: Rocket Balloon pada 6hb Februari 2024, Selasa bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.00 petang.
TUJUAN
Antara objektif aktiviti STEM: Rocket Balloon ini diadakan ialah untuk menggalakkan komuniti yang terlibat untuk berfikir secara kritis dan melibatkan diri dalam inkuiri dan penerokaan saintifik. Komuniti yang terlibat juga dapat mempelajari pelbagai jenis konsep termasuk kaedah saintifik sekaligus aktiviti ini dapat menggalakkan komuniti untuk menggunakan kaedah saintifik untuk meningkatkan pemahaman mereka.