AKTIVITI
NaDi Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Aktiviti sempena cuti sekolah iaitu NaDi Explorace Junior untuk bulan Mac pada 06 Mac 2024, Rabu bermula pada pukul 09.00 pagi sehingga 04.30 petang.
TUJUAN
Antara objektif utama aktiviti ini diadakan ialah untuk mengisi masa cuti pelajar sekolah dengan perkara yang berfaedah di NaDi. Peserta juga berpeluang untuk mendapat ilmu baharu berkaitan dengan Klik Dengan Bijak serta Pengenalan Perkakasan Komputer.