AKTIVITI
NaDi Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Advokasi Klik Dengan Bijak: Kesan Menyebar Berita Palsu bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.00 petang.
TUJUAN
Antara objektif utama Advokasi Klik Dengan Bijak: Kesan Menyebar Berita Palsu diadakan ialah untuk mendedahkan kepada komuniti berkaitan dengan jenis-jenis berita palsu dan kesan penyebaran berita palsu kepada individu yang terlibat. Selain itu, komuniti yang terlibat juga telah diberikan permainan untuk menguji minda mereka berkaitan dengan berita palsu seperta Crossing Word dan Kuiz Kahoot.