mcmc
Laporan Aktiviti

Aktiviti Usahawan Cilik: Ice Cream

 

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Aktiviti Usahawan Cilik: Ice Cream pada 23 Mac 2024, Sabtu bermula pada jam 02.30 petang sehingga 04.00 petang.  Kelas telah dimulakan dengan penerangan berkaitan dengan cara membuat ice cream dan tayangan video cara membuat ice cream oleh petugas disusuli dengan praktikal membuat ice cream oleh komuniti.
TUJUAN

Antara objektif utama Aktiviti Usahawan Cilik: Ice Cream ini diadakan ialah untuk mencungkil bakat kanak-kanak di dalam bidang perniagaan selain itu dapat mendedahkan kepada mereka berkaitan dengan kaedah-kaedah membuat ice cream Malaysia.