mcmc
Laporan Aktiviti

Kelas Usahawan: Penggunaan A.I

 

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Kelas Usahawan: Penggunaan A.I dan Soft Skills: Cara Mempromosi Produk pada 06 Julai 2024, Selasa bermula pada jam 03.00 petang sehingga 05.00 petang.

TUJUAN

Antara tujuan utama Kelas Usahawan: Penggunaan A.I dan Soft Skills: Cara Mempromosi Produk ini diadakan ialah untuk membantu usahawan dalam mengautomasi pelbagai proses perniagaan, seperti pengurusan inventori, pemantauan jualan, dan pengendalian kewangan.  Dengan penggunaan A.I juga usahawan dapat menganalisis data pasaran dan tingkah laku pelanggan untuk merumuskan strategi pemasaran yang lebih berkesan.  Usahawan yang terlibat juga dapat mengenalpasti peluang baru dan mencipta produk atau perkhidmatan yang inovatif berdasarkan analisis data yang mendalam.