mcmc
Laporan Aktiviti

PERTANDINGAN E-SUKAN MLBB PERINGKAT NADI DAN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK: ETIKA MENGGUNAKAN INTERNET

WhatsApp-Image-2024-08-09-at-20.25.35-1

 

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Pertandingan E-Sukan MLBB Peringkat NADI dan Advokasi Klik Dengan Bijak: Etika Menggunakan Internet pada 09 Ogos 2024, Jumaat bermula pada jam 02.30 petang sehingga 05.00 petang. Seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada golongan pelajar sekolah menengah dan rendah telah mengikuti pertandingan MLBB dan Advokasi Klik Dengan Bijak tersebut. Antara kumpulan yang telah berentap mengikuti pertandingan MLBB peringkat NADI ialah Malaya X Phoenix, Raid Valhalla, Impact Esports dan Angelayla Tresxbut.

TUJUAN

Antara objektif utama Pertandingan E-Sukan MLBB Peringkat NADI diadakan ialah bertujuan untuk memilih salah satu kumpulan yang bakal mewakili NADI ke peringkat negeri.  Kumpulan Malaya X Phoenix telah terpilih menjadi pemenang tempat pertama dengan markah terkumpul sebanyak 18 markah. Tempat kedua dan ketiga diduduki oleh kumpulan Raid Valhalla dan Impact Eports, masing-masing telah menggumpulkan markah sebanyak 12 markah dan 6 markah.  Selain itu, Advokasi Klik Dengan Bijak: Etika Menggunakan Internet juga diadakan bertujuan untuk menggalakan pengguna untuk menjadi warganegara digital yang bertanggungjawab dengan menghormati hak orang lain dan berinteraksi secara positif di dalam talian.