AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Aktiviti STEM: Balls In The Cup pada 11 Ogos 2024, Ahad bermula pada jam 02.30 petang sehingga 03.30 petang.
TUJUAN
Antara objektif utama aktiviti ini diadakan ialah untuk menggalakkan pembelajaran subjek Sains dan Matematik pelajar. Aktiviti ini memerlukan pelajar memahami konsep sains seperti daya, momentum dan perubahan tenaga, pelajar juga perlu menggunakan kemahiran matematik untuk mengira sudut lontaran dan jarak bola. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan penyelesaian masalah. Untuk menjalankan aktiviti ini dengan jayanya, pelajar perlu menganalisis masalah, merancang penyelesaian, dan membuat penyesuaian berdasarkan hasil cubaan.