AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Aktiviti STEM: Rally Racer Hero pada 25 Ogos 2024, Ahad bermula pada jam 11.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.
TUJUAN
Antara tujuan Aktiviti STEM: Rally Racer Hero diadakan ialah untuk memperkenalkan pelajar kepada konsep asas dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Dengan menggunakan permainan dan simulasi pelajar dapat memahami bagaimana prinsip-prinsip ini berfungsi dalam dunia nyata. Aktiviti tersebut juga memerlukan pelajar untuk menyelesaikan pelbagai cabaran dan masalah yang berkaitan dengan perlumbaan kereta, ini membantu mereka mengembangkan kemahiran pemecahan masalah dan berfikir secara kritis. Melalui penglibatan dalam reka bentuk dan pengujian kereta lumba dalam simulasi, pelajar didorong untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. Mereka belajar bagaimana untuk merancang dan mengoptimumkan prestasi kereta lumba.