AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Aktiviti STEM: Slime Switch pada 21 September 2024, Sabtu bermula pada jam 11.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.
TUJUAN
Antara tujuan utama Aktiviti STEM: Slime Switch ini diadakan ialah untuk mendedahkan sifat-sifat slime dan bagaimana perubahan dalam komposisi bahan dapat mempengaruhi ciri fizikal seperti kelikatan dan kekenyalan. Melalui aktiviti, pelajar akan menggunakan deria mereka untuk membuat pemerhatian mengenai perubahan dalam slime semasa proses pembuatan dan pengubahsuaian.