AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak: Online Grooming pada 21 September 2024, Sabtu bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.00 petang.
TUJUAN
Antara tujuan utama Kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak: Online Grooming ialah untuk mendidik komuniti tentang bahaya online grooming termasuk cara mengenali tanda-tanda pemangsa dalam talian strategi untuk melindungi diri mereka. Melalui kuiz ini komuniti diharapkan dapat berinteraksi secara aktif dengan kandungan yang disampaikan, menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan berkesan.