mcmc
Laporan Aktiviti

NADI Kesedaran: Safe & Shield dan Aktiviti Pendidikan Bersama NADI

461512548 559682166723909 7279461010589710960 n

 

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan NADI Kesedaran: Safe & Shield dan Aktiviti Pendidikan Bersama NADI pada 28 September 2024, Sabtu bermula pada jam 02.30 petang sehingga 04.30 petang.

TUJUAN

Antara tujuan utama NADI Kesedaran: Safe & Shield ini diadakan ialah untuk mendidik kanak-kanak dan ibu bapa mengenai pentingnya menjaga keselamatan semasa menggunakan internet. Ini termasuk pengenalan kepada risiko child grooming yang mungkin dihadapi atau bersemuka dan cara-cara untuk melindungi mereka. Aktiviti Pendidikan Bersama NADI ini direka untuk memperkukuh pengetahuan pelajar dalam pelbagai subjek melalui cara yang interaktif dan menyeronokkan. Dengan format yang bergilir-gilir, aktiviti ini mendorong pelajar untuk berkerjasama dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka, membina kemahiran sosial. Melalui teka emosi menggunakan emoji dan kuiz, pelajar dilatih untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah. Aktiviti seperti lumba matematik dan kuiz membolehkan petugas menilai pemahaman pelajar terhadap konsep yang diajar secara real-time.