AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Kelas Asas Menaip bagi bulan Oktober pada 01 Oktober 2024, Selasa bermula pada jam 02.30 petang sehingga 04.30 petang.
TUJUAN
Antara tujuan Kelas Asas menaip ini diadakan ialah untuk meningkatkan kemahiran asas menaip peserta, mempercepat proses penulisan di komputer dan mempersiapkan mereka menghadapi keperluan teknologi dalam pekerjaan serta pendidikan. Kelas ini membawa pelbagai kebaikan antaranya mempercepatkan kerja dengan menaip lebih pantas dan efisien, meningkatkan produktiviti dalam tugasan seperti penulisan dalam laporan dan surat serta membantu peserta menguasai kemahiran penting dalam dunia digital. Disamping itu, ia juga mengurangkan kesilapan ketika menaip dan mempersiapkan peserta untuk menggunakan komputer dengan lebih yaki dalam pelbagai situasi.