mcmc
Laporan Aktiviti

Kelas Asas Menaip dan Kelas ICT: Microsoft Word

 

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Kelas Asas Menaip dan Kelas ICT: Microsoft Word – Heading, Footer dan Page Number pada 09 Oktober 2024, Selasa bermula pada jam 02.30 petang sehingga 04.30 petang.

TUJUAN

Antara tujuan utama Kelas Menaip ini diadakan ialah untuk memberi pengenalan kepada papan kekunci dan peningkatan kelajuan menaip komuniti. Komuniti akan belajar untuk mencari dan menggunakan dengan berkesan serta fokus kepada peningkatan kelajuan menaip sambil mengekalkan ketepatan. Kelas ICT: Microsoft Word – Heading, Footer dan Page number diadakan bertujuan untuk memahami tujuan Heading, Footer dan Page Number dalam dokumen seperti memasukan nombor halaman, tarikh atau tajuk dokumen. Belajar cara untuk memasukkan dan memformat kaki surat dengan berkesan serta untuk menguasai proses nombor halaman ke dalam tajuk atau kaki surat. Meneroka pelbagai pilihan pemformatan untuk nombor halaman, termasuk penjajaran dan gaya.