AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan aktiviti Future Skills For All: Robotic pada 14 Oktober 2024, Isnin bermula pada jam 02.30 petang sehingga 04.30 petang.
TUJUAN
Antara tujuan utama Future Skills For All: Robotic ini diadakan ialah untuk meningkatkan minat komuniti dalam bidang STEM dengan memperkenalkan Robotic kepada mereka. Aktiviti ini juga bertujuan untuk memupuk minat yang lebih mendalam terhadap bidang STEM serta dapat meningkatkan penglibatan murid dalam subjek-subjek berkaitan dengan teknologi.