AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Aktviti NADI Bersama Tabika Kemas Kampung Tellian Ulu pada 18 Oktober 2024, Jumaat bermula pada jam 08.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut ialah sesi perkongsian Kenali NADI, sesi NADI Kesedaran: Child Grooming, Aktiviti Mewarna, aktiviti Susun huruf dan ayat dan aktiviti Jigsaw Puzzle. Penyampaian hadiah serta cenderamata kepada Tabika Kemas Kampung Tellian telah diadakan pada pukul 11.20 pagi.
TUJUAN
Antara objektif utama Sesi Kenali NADI ialah untuk memberi pemahaman kepada pelajar berkaitan dengan fungsi dan peranan NADI kepada masyarakat. Selain itu, sesi NADI Kesedaran: Child Grooming juga diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan kanak-kanak dan pendidik tentang risiko grooming dalam talian. Aktiviti mengeja dan menyusun huruf pula dirancang untuk membantu kanak-kanak belajar mengeja dengan betul melalui aplikasi interaktif yang menawarkan latihan dan permainan fonik.