AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Kursus Reka Bentuk Media Digital Bersama Sahabat AIM Mukah pada 26 Oktober 2024, Sabtu bermula pada jam 08.30 pagi sehingga 05.00 petang.
TUJUAN
Antara tujuan Kursus Reka Bentuk Media Digital Bersama Sahabat AIM Mukah ini adalah untuk memberikan peserta pengetahuan dan kemahiran asas dalam mencipta kandungan digital yang menarik dan efektif untuk media sosial. Melalui kusus ini, peserta akan diperkenalkan kepada platform popular seperti tiktok, teknik menghasilkan thumbnail yang menarik, cara mencipta logo menggunakan canva, asas pengambilan video serta pengeditan video menggunakan aplikasi capcut. Di samping itu, peserta akan mempelajari teknik pemasaran menggunakan video dan gambar untuk meningkatkan daya tarik dan capaian kandungan digital mereka di pasaran dalam talian.