AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan E-Kelas: Sains pada 29 Oktober 2024, Selasa bermula pada jam 02.00 petang sehingga 03.00 petang.
TUJUAN
Antara tujuan utama E-Kelas: Sains ialah untuk meningkatkan pemahaman konsep sains melalui pendekatan yang interaktif dan menarik. Ia juga memupuk minat terhadap sains dengan menggunakan teknologi digital serta menggalakan pembelajaran aktif di kalangan pelajar. Melalui platform ini, pelajar dapat mengakses sumber pembelajaran yang pelbagai dan relevan, meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan penyelesaian masalah dalam konteks kehidupan seharian.