AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Kelas Kesedaran NADI E-Sukan bersama wakil MLBB Kampung Tellian Ulu Mukah pada 27 Oktober 2024, Ahad bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi.
TUJUAN
Antara tujuan utama Kelas Kesedaran NADI E-Sukan ini ialah untuk memperkenalkan dan mempromosikan E-Sukan sebagai aktiviti yang positif dan bermanfaat di samping mendidik para peserta mengenai nilai kesukanan, kerjasama dan etika dalam dunia E-Sukan. Kelas ini juga bertujuan untuk meningkatkan peluang kerjaya dan pembangunan diri melalui E-Sukan serta menggalakan penggunaan teknologi secara beretika dan bertanggungjawab.