AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan E-Kelas pada 08hb November 2024, Jumaat bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.00 petang.
TUJUAN
Objektif E-Kelas kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah adalah untuk menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti melalui pembelajaran digital. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran akademik dalam subjek utama seperti matematik, sains dan bahasa inggeris. Selain itu, E-Kelas juga menggalakan kreativiti dan interaksi sosial melalui aktiviti menarik, membolehkan pelajar belajar dengan cara yang menyeronokkan dan berkesan.