
AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Program NADI Bersama Tabika Kemas Kampung Kuala pada 15 Januari 2025, Rabu bermula pada jam 08.00 pagi sehingga 11.00 pagi.
TUJUAN
Program Nadi Bersama Tabika KEMAS Kampung Kuala Lama bertujuan untuk mendidik pelajar mengenai keselamatan dan perlindungan kanak-kanak melalui sesi ceramah tentang NADI dan isu penggroomingan. Selain itu, aktiviti seperti pertandingan mewarna dan jigsaw puzzle diadakan untuk menggalakkan kreativiti serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid. Program ini diharapkan dapat membentuk generasi yang lebih berilmu dan berdaya saing.