Kemudahan awam yang terdapat di Kampung Tellian Mukah boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti balairaya, gelanggang futsal, jalan raya berturap, sekolah rendah, tabika, pusat komuniti desa dan dewan serbaguna turut terdapat di Kampung Tellian Mukah.
Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan kampung, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti perbankan, perkhidmatan pos, kesihatan dan keperluan harian di bandar Mukah
Sekolah Kebangsaan Kampung Tellian, Mukah
Dewan Sebaguna Kampung Tellian Tengah
Pusat Komuniti Desa Kampung Tellian Tengah
Tabika Kemas Kampung Sri Tellian