mcmc
Laporan Aktiviti

FUTURE SKILLS FOR ALL (FS4A) & KELAS KESEDARAN NADI E-SUKAN

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Future Skills For All (Fs4a) & Kelas Kesedaran Nadi E-Sukan pada 05 Mac 2025, Rabu bermula pada jam 02.30 petang sehingga 03.30 petang.

TUJUAN

Kelas Future Skills for All (FS4A) memupuk minat pelajar terhadap STEM melalui pengaturcaraan dan robotik serta memperkasa guru dalam pengajaran sains komputer secara fleksibel. Kelas Kesedaran Nadi E-Sukan berdasarkan Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan bertujuan membangunkan industri e-sukan yang bertanggungjawab dan beretika sambil meningkatkan kesedaran tentang manfaatnya seperti kerjasama dan komunikasi.