
AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Kelas Microsoft Excel: Formula Asas Excel pada 06 Mac 2025, Khamis bermula pada jam 02.30 petang sehingga 03.30 petang.
TUJUAN
Objektif kelas Microsoft Excel adalah untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran asas dalam menggunakan perisian ini terutamanya penggunaan formula dan fungsi asas seperti SUM dan AVERAGE. Pelajar akan mempelajari cara mengoperasikan menu, memasukkan serta memformat data serta mengurus data dengan grafik. Ini memperkaya kemahiran komputer dan meningkatkan efisiensi kerja.