
AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Webinar NADI x CYBERSECURITY: Ancaman Siber Dalam E-Sport pada 15 Mac 2025, Sabtu bermula pada jam 02.00 petang sehingga 04.00 petang.
TUJUAN
Webinar NADI x CYBERSECURITY bertujuan memberikan pendedahan mengenai keselamatan siber dalam esports. Objektif utama adalah melindungi akaun dan reputasi, serta memberikan pengenalan asas tentang ancaman siber dalam industri esports. Webinar ini juga bertujuan meningkatkan kesadaran dan pengetahuan peserta tentang cara menghadapi serangan dunia maya.