AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Kelas ICT – Canva: Membuat Kad Ucapan Hari Ibu & Hari Guru pada 09 Mei 2025, Jumaat bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.00 petang.
TUJUAN
Objektif kelas ICT menggunakan Canva untuk membuat kad ucapan Hari Ibu dan Hari Guru adalah untuk melatih pelajar berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menghasilkan kad ucapan digital yang menarik. Selain itu, ia bertujuan memupuk sikap menghargai jasa guru dan ibu dalam komuniti sekolah serta mengeratkan hubungan antara pelajar dan guru melalui aktiviti yang menyeronokkan dan bermakna.