AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Podcast & Lms E-Sukan pada 10 Mei 2025, Jumaat bermula pada jam 11.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari.
TUJUAN
Objektif podcast “Scammer dan Perangkap Dunia Gaming – Lindungi Diri, Lindungi Akaun” adalah untuk memberi pelajar pengetahuan tentang scammer dan perangkap dalam dunia gaming supaya mereka dapat melindungi diri dan akaun mereka daripada ancaman penipuan. Manakala, objektif podcast “Toksik atau Terbuka? – Budaya Komunikasi Selamat dalam Komuniti E-Sukan” pula bertujuan membina budaya komunikasi yang selamat, positif, dan hormat dalam komuniti e-sukan, mengelakkan sikap toksik serta menggalakkan kerjasama dan semangat kesukanan di kalangan pelajar sekolah menengah.