AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Nadi E-Sukan: Toksik Atau Terbuka? Budaya Komunikasi Selamat Dalam Komuniti E-Sukan pada 17 Mei 2025, Sabtu bermula pada jam 11.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.
TUJUAN
Objektif NADI E-SUKAN adalah untuk mendidik pelajar tentang pentingnya budaya komunikasi yang selamat dan positif dalam komuniti e-sukan. Podcast ini bertujuan mengurangkan sikap toksik serta memupuk sikap terbuka, hormat-menghormati, dan kerjasama antara pemain. Dengan itu, pelajar dapat menikmati pengalaman e-sukan yang sihat dan menyeronokkan.