mcmc
Laporan Aktiviti

KELAS ICT: ASAS MENAIP DI MICROSOFT WORD

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Kelas Ict: Asas Menaip di Microsoft Word pada 21 Mei 2025,Rabu bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.00 petang.

TUJUAN

Kelas Asas Menaip Microsoft Word bertujuan untuk melatih pelajar menguasai kemahiran menaip dengan pantas dan tepat menggunakan perisian Microsoft Word. Melalui kelas ini, pelajar dapat memahami fungsi asas seperti penyuntingan teks, format dokumen, dan penggunaan alat bantu menaip. Objektif utama adalah meningkatkan kecekapan menaip serta membina keyakinan dalam menghasilkan dokumen digital yang kemas dan profesional. Dengan kemahiran ini, pelajar lebih bersedia menghadapi keperluan kerja dan pembelajaran moden.