mcmc
Laporan Aktiviti

WEBINAR NADI x AWARENESS – NADI SAFE & SHIELD

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Webinar NADI x Awareness – NADI Safe & Shield pada 06 Jun 2025,Khamis bermula pada jam 03.00 petang sehingga 05.00 petang.

TUJUAN

Webinar ini bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar tentang bahaya perisian merbahaya seperti virus digital yang boleh merosakkan peranti dan mencuri maklumat peribadi. Selain itu, ia memberi pendedahan mengenai laman web berbahaya yang tidak selamat dan boleh mengancam keselamatan data serta peranti pengguna. Melalui program NADI Safe & Shield, pelajar dididik untuk mengenali ancaman siber dan cara melindungi diri mereka secara proaktif. Objektif utama adalah untuk melahirkan pelajar yang celik teknologi, bertanggungjawab, dan berwaspada dalam penggunaan internet demi keselamatan digital mereka.