AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan NADI Cybersecurity – Lindungi Identiti Digital Anda (Secure Online Presence) pada 13 Jun 2025, Jumaat bermula pada jam 03.30 petang sehingga 05.00 petang.
TUJUAN
Objektif NADI Cybersecurity – Lindungi Identiti Digital Anda adalah untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang pentingnya keselamatan dalam talian, melindungi maklumat peribadi daripada ancaman siber, dan menggalakkan amalan penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab. Program ini juga bertujuan membina kemahiran asas dalam menghadapi risiko manipulasi digital dan serangan siber.