mcmc
Laporan Aktiviti

NADI MAHIR JAHIT

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan NADI Mahir Jahit pada 14 Jun 2025, Sabtu bermula pada jam 02.30 petang sehingga 04.30 petang.

TUJUAN

Objektif kelas NADI Mahir Jahit – silibus tudung adalah untuk melatih komuniti menguasai teknik jahitan asas hingga pembuatan tudung secara praktikal. Kelas ini bertujuan meningkatkan kemahiran menjahit, memperkasakan penggunaan mesin jahit, serta membuka peluang keusahawanan dalam bidang jahitan bagi meningkatkan pendapatan dan kemahiran diri.