23 Ogos 2025 , Sabtu
Kelas Pensijilan NADI E-sukan – Introduction to Conceptual Design
Tujuan Program:
Memperkenalkan asas reka bentuk konseptual kepada peserta melalui pendekatan kreatif dan praktikal. Program ini bertujuan membuka ruang kepada belia dan komuniti untuk meneroka imaginasi, membina karakter, dan memahami proses rekaan secara menyeluruh.
Kebaikan Program:
Menggalakkan ekspresi diri melalui seni visual
Meningkatkan kefahaman tentang elemen reka bentuk seperti warna, bentuk dan naratif
Memberi pendedahan awal kepada dunia kreatif dan industri reka bentuk
Membangunkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritikal
Sesuai untuk belia yang minat seni, animasi, atau rekaan digital
Walaupun hanya 3 peserta, impaknya tetap besarβkerana setiap idea yang dilahirkan adalah langkah pertama ke arah kreativiti tanpa batas.
