Dengan penuh semangat patriotik dan kebersamaan, Program Khas Sambutan Merdeka & Hari Malaysia @ NADI telah berlangsung dengan jayanya pada 7 September 2025, dari jam 10 pagi hingga 4 petang di NADI Kampung Tellian Ulu Mukah. Program ini menghimpunkan hampir 40 pengunjung, termasuk 20 peserta aktif yang menyertai pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat untuk komuniti setempat. ![]()
![]()
![]()
Sorotan Program:
• Booth Jualan Pakaian Bundle oleh Omma Bundle, usahawan dari Kampung Tellian, berjaya menarik perhatian ramai dengan koleksi pakaian terpakai berkualiti.
• Saringan Kesihatan (Smart Service NADI) diberikan kepada ibu bapa peserta pertandingan dan pengunjung booth jualan — satu inisiatif kesihatan komuniti yang sangat dihargai.
• Pertandingan & Demonstrasi Interaktif yang menceriakan suasana dan menggalakkan kreativiti serta semangat kenegaraan dalam kalangan anak muda.
Senarai Pemenang Pertandingan:
Pertandingan Mewarna Tema Hari Malaysia Kanak-kanak
Peserta: 10 orang
Nur Arisya Damia
Nur Aina Aqila
Dayangku Nuraish Auliya
Demonstrasi & Pertandingan Menghias Donut Tema Hari Malaysia
Peserta: 5 orang
Tenaga pengajar & Juri: Puan Mendalina Anthony & Puan Dorrister Sukup
Pemenang: Chrystina Evyna
Pertandingan NADI E-Sukan: EA Sports FC24 (Konsep Round Robin)
Peserta: 5 orang
Harishan
Gaviean
Joshua Suarez
Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat Hari Malaysia, tetapi juga menjadi platform inklusif untuk komuniti berkumpul, berkongsi ilmu, dan meraikan bakat anak-anak tempatan. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini!
