mcmc
Laporan AktivitiUncategorized

FUN SCHOOL BREAK @ NADI

Fun School Break @ NADI

📅 22 – 26 Disember 2025, Isnin hingga Jumaat

🕒 09.00 pagi – 04.30 petang

📍 NADI Kampung Tellian Ulu

Sepanjang program Fun School Break @ NADI yang berlangsung di Kampung Tellian Ulu dari Hari 1 hingga Hari 4, objektif utama yang ingin dicapai adalah untuk meningkatkan literasi digital dan keselamatan siber melalui kelas seperti NADI Cyber Security: Siri Edusiber serta Kempen Internet Selamat – Detektif Siber, agar pelajar lebih bijak dan selamat menggunakan teknologi. Program ini juga bertujuan menggalakkan kreativiti dan inovasi dengan aktiviti seperti NADI eKelas: Pelajar Kreatif bersama AI, NADI Tiny Techies – Kuiz, Tonton, Belajar & Bermain, dan NADI DiLea – Fun Lab Science yang memberi peluang pelajar meneroka dunia sains dan kecerdasan buatan secara menyeronokkan.


Selain itu, aspek kesihatan dan kesejahteraan turut diberi perhatian melalui slot NADI Wellbeing yang membincangkan isu gaya hidup sihat seperti Squad Glow, Gadget Sebelum Tidur – Otak Kau Overheat, Webinar Tekanan Darah Tinggi serta Bukan Nak Kutus – Tapi Nak Sihat. Program ini juga menekankan kepentingan membina kesedaran sosial dan kemahiran komuniti melalui NADI Awareness dengan aktiviti seperti KIS dan Kita, KIS War dan KIS Jom Mewarna yang menggalakkan kerjasama, kreativiti dan kepekaan terhadap isu masyarakat.


Secara keseluruhan, Fun School Break @ NADI berjaya mengisi cuti sekolah dengan aktiviti bijak dan produktif melalui NADI Kidventure – Cuti Sekolah Bijak & Produktif, sekali gus memberi ilmu, kesedaran, kreativiti, kesihatan dan keseronokan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dengan penyertaan konsisten sepanjang empat hari. Link Gambar : https://kgtelianulu.nadi.my/fun-school-break-nadi-2/

Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :

Facebook : https://www.facebook.com/NADIKgTellianUlu/

Titktok : https://www.tiktok.com/@nadikgtellianulu

Intstagram : https://www.instagram.com/nadikgtellianulu

Portal : https://kgtelianulu.nadi.my/