![]()
PROGRAM CUTI SEKOLAH – NADI GAME ON! ![]()
![]()
26 Mei 2026, Selasa
02.30-04.30 Petang
NADI Kampung Tellian Ulu
Program dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta yang berjalan lancar, diikuti aktiviti ice breaking yang berjaya menceriakan suasana serta mengeratkan lagi hubungan antara peserta.
Seterusnya, peserta diberikan pendedahan melalui slot Kempen Internet Selamat yang menekankan kepentingan penggunaan internet secara bijak, selamat dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
Kemuncak program diserikan dengan NADI Game ON! yang penuh cabaran menarik, menguji kreativiti, fokus serta semangat kerja berpasukan para peserta dalam suasana yang sangat meriah dan menyeronokkan.
Program diakhiri dengan sesi minum petang, penyampaian hadiah kepada para pemenang serta sesi bergambar sebagai kenangan manis sebelum bersurai. ![]()
![]()



Sekalung terima kasih kepada semua peserta atas komitmen dan semangat sepanjang program. Penghargaan juga kepada ibu bapa atas sokongan dan kepercayaan menghantar anak-anak. Semoga program ini memberi manfaat, ilmu dan kenangan indah kepada semua. ![]()
#NADI#GameON#ProgramCutiSekolah#InternetSelamat#AktivitiKomuniti
