mcmc
Laporan Aktiviti

Advokasi Klik Dengan Bijak Penyalahgunaan Media Sosial

Gambar Di Sini

AKTIVITI

PEDi Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Advokasi Klik Dengan Bijak “Penyalahgunaan Media Sosial” pada 28 Julai 2023 (Jumaat).  Kelas tersebut dihadiri oleh golongan penjaga dan kanak-kanak. Peserta telah didedahkan berkaitan dengan penyalahgunaan media sosial dan telah diberi latihan cari kata berserta dengan permainan KDB bagi menguji minda peserta yang terlibat.

TUJUAN

Objektif utama Advokasi Klik Dengan Bijak ” Penyalahgunaan Media Sosial” ialah untuk mendedahkan kepada komuniti yang terlibat akan risiko terhadap media sosial jika digunakan dengan tujuan yang negatif. Penyalahgunaan media sosial merupakan salah satu tindakan di mana seseorang individu mahupun sekelompok manusia menggunakan bahan teknologi maklumat untuk tujuan yang negatif yang boleh membawa keburukan seperti fitnah, kemusnahan dan sebagainya samada kepada diri sendiri, masyarakat mahupun maruah negara.