mcmc
Maklumat Pi1M

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar dan usaha memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan serta membantu ekonomi penduduk setempat melalui e-dagang.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :

`

  •  Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
NADI menawarkan latihan ICT  kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 

  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan
 
 JUMLAH KEAHLIAN :
 
NADI telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2022. Ramai telah mendaftar diri dengan NADI bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah
 

 AHLI LAMA

1910

 AHLI BARU BULAN MAY 2025

10
 KESELURUHAN PADA MAY 2025
1920
 
 
 KENALI PETUGAS NADI :

Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami

 
PENGURUS
  
Nama : Encik Mohd Aniq Amsyar Bin Fauzi
Mula berkhidmat : 7 Februari 2022
 
 
PENOLONG PENGURUS
 
 passport pic
Nama : Cik Crystal Binti Jengkin
Mula berkhidmat : 19 Mei 2023