AKTIVITI
PEDi Kampung Tellian Ulu, Mukah telah mengadakan Kelas Perkakasan Komputer pada hari Jumaat, 11 Ogos 2023. Kelas dihadiri oleh golongan dewasa dan kanak-kanak. Petugas telah mendedahkan kepada peserta yang terlibat berkaitan dengan perkakasan yang ada di dalam sebuah komputer serta telah menerangkan kepada mereka akan fungsi-fungsi untuk setiap perkakasan tersebut. Peserta juga telah diberikan kuiz untuk meningkatkan lagi pengetahuan mereka berkaitan dengan perkakasan komputer.
TUJUAN
Antara pengisian untuk kelas tersebut ialah peserta yang terlibat telah didedahkan berkaitan dengan perkakasan komputer. Perkakasan komputer yang dibahagikan dengan komponen dalaman seperti CPU (Central Prosessing Unit) atau Prosessor, RAM (Random Access Memory), Hard Disk Drive (HDD) dan Solid State Drive (SDD).