AKTIVITI
PEDi Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan aktiviti Permainan Pendidikan Matematik pada 29 September 2023, Jumaat. Kelas telah bermula pada pukul 03.00 petang sehingga 04.30 petang. Antara golongan komuniti yang terlibat untuk menjayakan aktitviti ini ialah golongan kanak-kanak dan dewasa.
TUJUAN
Objektif utama Permainan Pendidikan Matematik ialah untuk menggalakkan komuniti untuk mengembangkan kemahiran matematik seperti nombor yang melibatkan proses tambah, tolak, bahagi dan darab. Kaedah belajar sambil bermain ini dapat menimbulkan perasaan yang seronok dan mampu memberi impak yang positif kepada komuniti yang terlibat. Petugas menyediakan konteks yang menarik dimana kanak-kanak menjadi gemar untuk berlatih matematik sambil dapat mengurangkan rasa negatif mereka terhadap pembelajaran subjek matematik.