AKTIVITI
PEDi Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Kelas Menaip bagi bulan Oktober pada Isnin, 23 Oktober 2023. Kelas telah bermula pada pukul 02.30 petang sehingga 04.30 petang dan dihadiri oleh golongan kanak-kanak serta dewasa.
TUJUAN
Antara objektif utama kelas tersebut diadakan ialah untuk memantapkan lagi kemahiran menaip para peserta yang terlibat. Selain itu, kelas menaip ini juga dapat meningkatkan kepantasan menaip peserta.