AKTIVITI
PEDi Kampung tellian Ulu, Mukah telah mengadakan Aktiviti Membuat Kapal Terbang Kertas pada Jumaat, 27 Oktober 2023. Kelas telah dihadiri oleh golongan kanak-kanak. Aktiviti pada hari tersebut terbahagi kepada dua iaitu Mencipta Kapal Terbang Kertas dan Mencipta Jet Tempur.
TUJUAN
Antara objektif utama aktiviti tersebut diadakan ialah untuk mendedahkan kepada komuniti yang terlibat berkaitan dengan konsep origami. Selain itu, komunti yang terlibat juga dapat mempelajari cara-cara menghasilkan kapal terbang dengan menggunakan teknik lipatan kertas. Peserta yang terlibat juga telah menghasilkan sendiri kapal terbang kertas dan jet tempur kertas serta telah menguji kebolehan kapal terbang kertas dan jet tempur yang dicipta oleh peserta pada penghujung aktiviti tersebut.