AKTIVITI
PEDi Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Pertandingan Mewarna pada 04hb November 2023, Sabtu pada jam 08.30 pagi sehingga 09.30 pagi. Pertandingan Mewarna terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori 1 (7 – 9 Tahun) dan Kategori 2 (10 – 12 Tahun). Seramai 20 peserta terlibat untuk menjayakan aktiviti ini. Juri Jemputan untuk Pertandingan Mewarna ialah Cikgu Sabtuyah Binti Jeidi dari Tabika Kemas Kpg Seri Tellian D Mukah dan Cikgu Angeline binti Teneh dari Tadika Kemas Kampung Penakub Permai Mukah.
TUJUAN
Antara objektif utama Pertandigan Mewarna ini ialah untuk meningkatkan daya kreativiti dan daya inovasi peserta. Selain itu, peserta yang terkibat juga dapat menonjolkan bakat mewarna serta pertandingan ini dapat menggalakkan komuniti di sekitar Kampung Tellian untuk terlibat dalam aktiviti pertandingan.