AKTIVITI
PEDi Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Advokasi Klik Dengan Bijak “Kenalpasti Berita Palsu” pada hari Jumaat, 22 September 2023. Kelas Advokasi ini telah melibatkan seramai 11 orang dari golongan kanak-kanak dan golongan dewasa. Kelas telah dimulai dengan pengenalan berkaitan dengan berita palsu seterusnya pendedahan berkaitan dengan kaedah untuk mengenalpasti berita palsu. Peserta juga telah didedahkan berkaitan dengan kaedah untuk mengenalpasti berita palsu melalui tayangan video. Kelas diakhiri dengan kuiz kahoot, semua peserta yang terlibat telah menyertai kuiz tersebut.
TUJUAN
Antara Objektif utama Advokasi Klik Dengan Bijak “Kenalpasti Berita Palsu” ialah bagi mendedahkan berkaitan dengan kaedah untuk mengenalpasti berita palsu. Berita palsu merupakan sejenis propaganda yang terdiri daripada maklumat yang tidak benar yang sengaja disebarkan melalui pelbagai cara iaitu media sosial. Sebagai pengguna media sosial yang bijak anda haruslah tahu bagaimana untuk mengenalpasti kesahihan berita tersebut. Antara kaedah untuk mengenalpasti berita palsu ialah dengan menyiasat sumber atau bukti berita tersebut seterusnya memeriksa tarikh berita tersebut dikeluarkan. Akhir sekali, pengguna internet juga boleh menyemak kesahihan berita tersebut di portal Sebenarnya.my.