mcmc
Laporan Aktiviti

Advokasi Klik Dengan Bijak: Vandelisme dan Kesan Terhadap Sekitar dan Pengguna Internet

 

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Advokasi Klik Dengan Bijak: Vandelisme dan Kesan Terhadap Sekitar dan Pengguna Internet pada 23 Ogos 2024, Jumaat bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.00 petang. Antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut ialah penerangan dan tayangan video vandelisme, Wise word, Kahoot dan lakonan semula kegiatan vandelisme daripada komuniti yang terlibat.

TUJUAN

Antara tujuan utama Advokasi Klik dengan Bijak: Vandelisme dan Kesan Terhadap Sekitar dan Pengguna Internet ini diadakan ialah untuk mendedahkan risiko berkaitan dengan penyalahgunaan media sosial terhadap kesan negatif terhadap individu dan komuniti.  Salah satu fokus utama ialah untuk menghentikan vandelisme yang memberi kesan buruk kepada persekitaran, ini termasuk mendidik masyarakat tentang pentingnya menjaga kebersihan dan keindahan kawasan mereka.