mcmc
Laporan Aktiviti

AKTIVITI CUTI SEKOLAH BERSAMA NADI

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Aktiviti Cuti Sekolah Bersama NADI pada 11 Febuari 2025, Selasa bermula pada jam 02.00 petang sehingga 05.00 petang.

TUJUAN

Program Cuti Sekolah Bersama NADI Kampung Tellian Ulu yang diadakan pada 11 Februari 2025 di Dewan Komuniti Kampung Tellian Ulu melibatkan seramai 13 orang peserta.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta mengenai risiko penggunaan internet di kalangan kanak-kanak serta mengeratkan hubungan sosial antara peserta dengan membina semangat kerja berpasukan.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan, termasuk sesi ice breaking, Kuiz NADI Kesedaran, dan aktiviti Squid Games seperti Red Light, Green Light, Six Legs, dan Mingle, yang memerlukan kerjasama dan komunikasi yang berkesan.

Program ini bukan sahaja membantu peserta mengembangkan kemahiran komunikasi, kepimpinan, dan pemikiran kritis melalui aktiviti berkumpulan yang mencabar, tetapi juga menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan santai. Selain itu, nilai-nilai murni seperti kerjasama, tolak ansur, dan kesedaran sosial turut diterapkan sepanjang program bagi membentuk peserta yang lebih proaktif dan berdaya saing dalam komuniti.